28 July 2012

aku rindu korang

assalam..

lamanya tak berkumpul dengan kawan-kawan msk beserah... seyes rindu... rindu saat bersama korang... kita rapat sangat dulu, tak pernah ada masalah kan... kalu gaduh mesti xlama kan... nak cari kawan yang sanggup  susah senang dengan kita bukan senang... aq rindu ko fatimah az-zahra, fatin amirah, suhaida, azniza, umira, syazana, pikah, adibah, zierah, ila,lia,farah.. kita semua memang faham antara satu sama lain kan...

aq rindu time pagi- pagi pegi kantin sebab nk beli karipap abg ikhwan...fatin x mkn inti, membazir je kn..hahahahaha.. aq n yg len bantai sekali dengan inti n kulit karipap tu sebab sedap sangat...

aq ngat jugak time pn aliah masuk pintu depan, kita kuar pintu belakang... jahat kan kita time tu... nakal sangat...klu kelas sejarah, kita ramai yang tido o duk cakap... cikgu tu mengajar macam syok sendiri kan.. sebab kita tak dengar die ajar pe...

eh eh, fatimah ingat lagi x kemudahan yang kita mintak tu.. nak kelas mula kul 8.. ikot waktu pejabat.., kelas nak kena ada aircond, katil.. balik kena awal.. rehat nak kena lama.... ape lagi ek? xngat dah... last kat ayat tu "kalu dragon fire bace mati kite kan" cuak belaka...

banyak nya kenagan kita sampai aku tak tahu nak tulis macam ne... seyes aq rindu gila korang semua...

i <3 u all....

fatimah balik raya nanti kita pegi makan mee calong ea.. jangan lupa tau...

nanti aq sambung cite lagi ea... k assalam


09 May 2012

Mata Dan Air

Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan,

Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.

Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku.

Mata,
aku tahu pasti kau letih untuk menangis,
dan kadangkala hampir kering air matamu untuk mengalir,
maafkan aku mata,
aku bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan memberi keinsafan padaku,
tentang nikmat yang amat berharga ini,
kerana jika tiada mata bagaimana hendak aku melepaskan amarah pada diri ini?
Menangislah wahai mata,
seandainya diri ini masih memerlukanmu,
selagi rasa syahdu terus meratapi,
selagi Allah meminjamkan padaku,
selagi aku masih hidup di muka bumi ini.

08 May 2012

Belajar Kasih Ibu Daripada Seekor Lembu


Pada satu hari yang damai, hujan sedang turun renyai-renyai, aku keluar daripada rumah untuk menuju ke satu tempat.
Aku tak ingat ke mana aku mahu pergi ketika itu. Sama ada ke pejabat atau ke sebuah surau untuk menyampaikan kuliah maghrib. Tak kisah kemana hala tujuku, yang penting aku yakin saat itu hujan sedang turun membasahi jalan. Semakin lama semakin lebat.
Aku memandu 'jentera' abah ketika itu. Van Ford Econovan. Usianya 15 tahun. Kepulangan ku dari Jordan masih belum genap setahun lagi. Jadi, van inilah menjadi warisan kami adik beradik sebelum membeli kereta sendiri.
Abah dahulu membeli van kerana adik beradik kami ramai. 8 orang semuanya. Abah memandu, angah duduk di sebelah abah sebagai co-pilot, emak duduk di sebelah pintu belakang sebagai pramugari. =)
Abangku juga pernah menggunakan van ini sebelum dia membeli kereta barunya. Samalah situasinya seperti aku saat ini.
Van ini panas sebab aircondnya rosak. Kalau hujan, perlu dibukakan sedikit tingkap untuk membenarkan angin masuk supaya cerminnya tidak berkabus.
"Hujan... tentu susah nak nampak jalan. Aircond rosak pulak tuh" rungutku seorang diri. Walaubagaimanapun, aku harus meneruskan perjalanan. Aku ada urusan yang perlu diselesaikan.


Hari itu aku perlu melalui satu jalan yang gelap. Kiri dan kanan ladang kelapa sawit. Lampu jalan jaraknya jauh-jauh pula tu.
Seingat aku, aku memandu pada kelajuan 70km sejam. Ok lah, tidaklah laju sangat, dan tidaklah perlahan sangat.
Setibanya aku di satu selekoh, aku melihat seperti ada kelibat seekor 'anjing' sedang melintas jalan. 'Anjing' tersebut berlari dengan pantas cuba melepasi van yang aku pandu. Malangnya tidak sempat.
Gup!
Bunyi pelanggaran yang kecil. Aku hanya mampu menekan brek sedikit sahaja. Aku bimbang van akan berpusing jika menekan brek secara mengejut kerana jalan sedang basah. Ketika itu langsung tidak sempat untuk berhenti melihat apakah yang dilanggar olehku.
"Ah sedikit sahaja tu, dia sempat mengelak kot, tulah siapa suruh lintas sewaktu kereta tengah lalu" aku cuba memujuk diriku sendiri. Seperti mengampunkan kesalahan diri sendiri.
Aku terus melupakan peristiwa itu, malam itu juga. Namun keesokannya...
Aku melalui jalan yang sama menggunakan 'jentera' abah.
Pagi yang indah, damai, bumi yang masih basah kesan hujan semalam. Melalui jalan yang sama, tidaklah membuatkan aku merasa kelainan saat itu. Sehinggalah tiba-tiba aku melihat di depan..
Aku terkejut melihat bangkai seekor anak lembu terkujur di tepi jalan, selekoh yang aku lalui malam semalam. Aku yakin inilah selekoh yang aku lalui semalam. Inilah tempat berlakunya perlanggaran tersebut. Rupa-rupanya 'anjing' yang ku sangka itu adalah seekor anak lembu.
Kakinya sudah ternaik ke atas. Badannya sudah pun mengembung. Matanya pula sudah terbeliak.
Aku terdiam, menarik nafas. Beristighfar. Aku mintak ampun pada Allah kerana seekor lembu amat besar nilainya pada orang kampung.
Orang kampung menjual lembu untuk memasukkan anak ke universiti. Orang kampung menjual lembu untuk mengadakan majlis perkahwinan anak kesayangannya..
Namun ada yang lebih menginsafkanku saat itu. Seekor lembu betina (ibunya mungkin) sedang duduk di sisi bangkai anak lembu tersebut. Sungguh jelas kesedihan terpancar pada wajah ibu lembu tersebut. Kaki depannya membongkok ke bumi seperti sedang sujud, sedang kepalanya rendah hampir ke tanah. Seperti mengharapkan anaknya hidup kembali. Mustahil.
Aku menitiskan air mata saat itu melihat wajah ibu lembu tersebut.
Aku biarkan sahaja drama itu. Aku lansung tak berhentikan van. Aku tak sanggup dan aku memang tak tahu nak buat apa kalau aku berhenti pun..
Esoknya, aku melalui jalan yang sama, dan hari ini bangkai anak lembu sudah pun tiada. Namun, aku tetap sedih kerana ibu lembu masih ada. Aksinya sama seperti semalam. Bezanya hari ini anaknya sudah tiada. Mungking sudah dibakar oleh tuan lembu tersebut untuk mengelakkan bau bangkai yang busuk.


Aku rasa selama 5 hari berturut-turut aku melalui jalan tersebut, aku pasti melihat ibu lembu yang sedang meratapi kehilangannya anaknya. Aku sedih dan rasa bersalah pada ibu lembu tersebut.
Demi Allah, aku belajar kasih ibu daripada seekor lembu. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya sakit, demam apatah lagi mati sebelumnya. Tiada ibu yang sanggup melihat anaknya gagal dalam kehidupan. Ibu pasti menitiskan air mata. Bangunlah, balaslah jasa ibumu walaupun jasa ibumu takkan pernah dapat dibalas.

post ni lily ambik dari
 http://www.iluvislam.com/gaya-hidup/kepimpinan/4548-belajar-kasih-ibu-daripada-seekor-lembu.html
korang boleh la melawat i luv islam.. bermacam- macam pengajaran and pengetahuan yang korang akan dapat... lily harap, post ini dapat memberi kita sedikit keinsafan dan iktibar dalam cerita ni...

hargailah ibubapa anda sementara mereka masih ada....

27 April 2012

ALUMNI PRS

assalam semua..!

hai,

ok! ari ni lily nak kenal kan senior- senior prs yang akan tinggal kan kita orang... so tengok ye! siapa gerangan mereka!
then tak lupa kat presiden abg zizul... walaupun lily tak tahu abg zizul sem akhir or tak.... hihihihi


eh eh cik mas tertinggal... cik yang paling cantik, tertarik kau memang debommmmm!

kipas kipas kipas!!!!!!!



abang tengku!
kak nanie!

















 abg apiz!
 abg mikiey!
 abg pa-e!
 abg syafiq!
 kak jihah!















kak ayuni!





kak ajirah!















  kak fatin!





 abg zizul

 sory!!! ambik gambar korang tanpa pengetahuan abg-abg and akak- akak!


soryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!

26 April 2012

prs psp








kem ni mempertemukan kami dengan semua senior- senior prs... sejak detik itu.. kita orang semua semakin rapat... jumpa kat mana- mana mesti tegur....

masa kem ni lily jadi ajk multimedia
first time kot... masa kem ni memang cuak la.... seyes tak pandai apa pun time tu... tapi atas bantuan ucop, kak tia, kak fatin, kak nanie, abg apiz, abg pa-e, abg mikiey, abg nik semua berjalan dengan lancar... walaupun ada benda yang lily buat silap.. dia orang tak salah kan lily kot..... lagi ucap tahniah ada la....
terima kasih kat korang semua sebab tolong ajar lily time kem ni... seyes tak tahu nak balas macam mana...

jamuan perpisahan

jamuan ni lily and ziro ajk multimedia.. thanx kat ziro sebab bantu.. kalau ziro tak dek, lily tak tahu apa jadi.....
malam perpisahan ni memang sedih kot.. sebab kami terpaksa berpisah dengan alumni.... akak- akak and abg- abg alumni nanti jangan lupa kita orang semua tau...kalau mai penang, singgah la psp yek! yang dah memang orang penang tu..selalu la datang psp....kihkih

lily nak ucap terima kasih and nak mintak maaf kat akak and abg alumni. tak lupa jugak kt semua ahli prs..





hihihihihi 
assalamualaikum
daaaaaa










23 February 2012

kawan di politeknik

assalam,
lama kan ely tak update blog...
bukan malas tau..... ely sebenarnya, tak dek masa nak mengadap laptop ni....hihi ayatpoyo   
ok...kali ni ely nak cerita pasal kawan ely dekat poli....
dia orang semua sekepala...
mula-mula ely masuk poli 2 macam takut jugak la..sebab tak kenal sapa.. tapi bila dah duk seminggu kt situ kita orang dah boleh pergi dengan perangai masing-masing ...
group kamsis kita orang ada 12 orang.... suai(budak bilik)syu,zika(budak sebelah blik)zira,mariana,yana,miera,shero,farah,rina,faz termasuk ely 12 orang... dia orang ni dak kamsis...
dak kelas lak, ely rapat dengan sya,shera,anis and nano... group yang ely suka menyebok pulak group aras 2...qilah,fira,ila and wanie.. kadang-kadang suka menyebok kat group dia org....hihihihi


ely nak ucap thanx sebab sudi jadi kawan ely....tanpa korang ely tak tahu macam mana ely kat sana.. myb ely dah pindah polisas kot....


duk kat poli macam-macam ely dapat.... kenangan dengan korang memang tak leh lupa...
ely akan ingat sampai bila-bila,...... termasuk la.... bufday yang korang buat untuk ely, time kaki ely sakit(masa sukan kamsis)korang yang tolong urut kan... tolong bagi nasihat....and macam-macam la...ely hargai sangat... thanx you all....


sorry sebab bahasa kan diri dengan panggilan (ely).myb korang tekejut sapa tu ely kn.....sebenarnya member blog kenal dengan panggilan ely... korang stay boleh guna pangilan lily, senang ely nk th korang dari mana.... tak dek la tertukar... maklum la.. nama ramai yang sama....hihihi

ermm ok la.. sampai sini dulu ely cite kenangan ely kat poli..nanti kalau ely rajin, ely cite lagi kenangan lain....
thanx sebab singgah and baca cite-cite kat blog ely.....
daaaaaa
assalam....  

05 December 2011

dah berhabuk!!!!

Assalammualaikum


hai semua, sihat x?sihat kan?bagus la kalau sihat...ely ni xsihat...demam tapi dah ok sekarang sesema je yang tak hilang-hilang...seksa tau sesema ni....



opsssssss lari tajuk pulak.....


ok ely nk cerita tentang "dah berhabuk" apa yang berhabuk 2?
yang berhabuk 2 adalah blog ni la.....lama kan ely tak update blog ni.....huhu
 nak kata sibuk, ely tak sibuk pon.....nak kata takdek laptop.. ada je..bukan setakat laptop malah ely da 16 pc...tapi kat cc la.....hihihihihi

sebenarnya ely tak tahu nak cerita apa...
nak cerita pasal aktiviti ely?? memang tak la..sebab kerja ely tiap2 hari same je....so jemu kot kalau nak cerita benda sama... lebih baik ely berdiam diri dibawah tempurung je... kan kan? sape setuju vote cepat..! hihihi

erm dah dah la kan..ely nak pegi cek vote jap.....mana tahu ada org vote ke... perasan tol la minah ni.... ermm ok la korang,sampai sini je k.... thanx tau kat korang yang dah baca and dah follow ely....... daa korang