11 August 2011

bubur pulut hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
kawan-kawan hari ni ely nak bagi resepi sikit...tiba-tiba je terpikir nak bagi kat korang..sebenarnya hari ni mak ely ada masak bubur pulut hitam sebab tu ely nak bagi resepi kat korang...mana lah tahu korang pun terliur nak makan bubur pulut hitam ni.boleh la korang buat berbuka puasa nanti.. kat sape-sape yang dah pandai buat tu jangan la bising-bising yang korang dah pandai...ely bagi resepi ni untuk yang tak pandai je...kalau bising jugak ely tendang sampai paris nk...ha ada berani ke??hihihihi
ok cara-cara die macam ni tau 

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)

Cara-cara

  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
  8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan. 
ok korang ni la cara dia...ok bayar la...dah bagi resepi tu..ingat percuma ke?
hahaha gurau je la.....korang jangan sumbat selipar kat ely sudah..
ok la korang hari ni ely bagi resepi ni je..lain kali ely bagi resepi lain pulak yek....

No comments: